MUO

MUO @ Karnival Jom Beli Rumah 2022 Wilayah Utara

Dashboard Maklumat Rumah Mampu Milik yang merupakan salah satu sub-modul di bawah Sistem Malaysia Urban Observatory sekali lagi telah dibawa kepada orang ramai dan kali ini melalui Program *Karnival Jom Beli Rumah 2022 Wilayah Utara*. Lebih 25 ribu pengunjung telah membanjiri program ini yang berlangsung dari 23 hingga 25 September 2022 bertempat di Dataran Dewan Millennium, Kepala Batas Pulau Pinang.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, YBrs. TPr Md Nazri Abdullah serta dif-dif kehormat yang lain.

Pengunjung yang membanjiri booth MUO telah diberi penerangan serta penggunaan Dashboard Maklumat Rumah Mampu Milik yang berupaya memaparkan status sasaran pembinaan rumah mampu milik sepanjang tempoh RMK-12, taburan pembangunan rumah mampu milik oleh agensi di bawah KPKT, pendapatan isi rumah, jenis pemilikan rumah serta bilang unit kediaman siap dibina tidak terjual yang boleh dipaparkan mengikut negeri, daerah, parlimen serta DUN.

#MalaysiaUrbanObservatory

#PLANMalaysia

#KPKT

#KeluargaMalaysia

#MalaysiaBerdayaHuni

#JomMiliki

Source :