MUO

MUO @ Fiesta PR1MAKita 2022

Dashboard Maklumat Rumah Mampu Milik yang merupakan salah satu sub-modul di bawah Sistem Malaysia Urban Observatory sekali lagi telah dibawa kepada orang ramai dan kali ini melalui Program Fiesta PRIMAKita 2022. Hampir 10 ribu pengunjung telah membanjiri program ini yang berlangsung dari 9 hingga 11 September 2022 bertempat di Dewan Bandaraya, Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Seri Dr Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib. Taklimat ringkas kepada YB Timbalan Menteri, YB Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang dan YBhg Datuk Ketua Setiausaha KPKT berkenaan Dashboard Maklumat Rumah Mampu Milik ini telah disampaikan oleh YBrs Dr Muhammad Hakimi bin Mohd Hussain, Ketua Unit MUO PLANMalaysia.

#MalaysiaUrbanObservatory

#PLANMalaysia

#KPKT

#KeluargaMalaysia

#MalaysiaBerdayaHuni

#FiestaPR1MAKita2022

Source :